Saturday 6 August 2011

USTAZ HUSSEIN YEE DI FITNAH



Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh

Baru-baru ini terdapat khabar berita fitnah yang sedang berleluasa memburukkan imej Ustaz Hussain Yee dan Pertubuhan AL-Khaadem gara-gara daripada satu klip video yang dirakamkan oleh saya, Abu Aqif. Klip video tersebut yang bertajuk "Demonstrasi BERSIH 2.0 - UHY - We Need To Maintain The Peace In Our Country" telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengaitkan Ustaz Hussain Yee dan Pertubuhan Al-Khaadem mempunyai hubungan dan bergabung dengan Demonstrasi BERSIH 2.0.

Klip video tersebut membincangkan soalan yang ditanya oleh para hadirin berkenaan pendapat Ustaz Hussain Yee mengenai isu Demonstrasi BERSIH 2.0 dan jawapan yang diutarakan oleh Ustaz Hussain Yee pada waktu itu bolehlah saya simpulkan sebagai beliau kurang bersetuju dengan tindakan demonstrasi tersebut memandangkan beliau memegang pendapat bahawa "kita sepatutnya menjaga keamanan yang telah kita kecapi sekarang". Selain ustaz meminta semua pihak berlaku adil, beliau juga beberapa kali mengulangi ayat beliau iaitu "once we have the peace, we need to maintain it.."

Orang yang terpelajar pasti akan faham dengan apa yang Ustaz Hussain Yee sampaikan. Beliau menjawab dengan jawapan yang paling munasabah dan mudah difahami mengikut neraca Islam. Hanya orang yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat sahaja akan memanipulasikan kenyataan beliau dan mengaitkan beliau dengan Demonstrasi BERSIH 2.0 tersebut.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa Ustaz Hussain Yee dan Pertubuhan Al-Khaadem berlepas diri daripada tuduhan bahawasanya beliau dan pertubuhan beliau iaitu Pertubuhan Al-Khaadem mempunyai hubungan atau bergabung dengan Demonstrasi BERSIH 2.0.

Beliau dan pertubuhan beliau juga dituduh mengutip derma untuk membantu menjayakan Demonstrasi BERSIH 2.0. Tuduhan seperti ini sama sekali tidak berasas dan berniat jahat untuk memburuk atau menjatuhkan imej Ustaz Hussain Yee dan Pertubuhan Al-Khaadem. Ustaz Hussain Yee bertegas, beliau dan Pertubuhan Al-Khaadem sama sekali tidak ada hubungan atau bergabung dengan mana-mana gerakan, mana-mana aktiviti atau mana-mana parti politik.

Saya dan sahabat dari Pertubuhan Al-Khaadem mewakili Ustaz Hussain Yee dan Pertubuhan Al-Khaadem sama sekali tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini dipolitikkan atau dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Dan jika keadaan menjadi semakin teruk, mungkin laporan polis akan dibuat bagi membersihkan nama Ustaz Hussain Yee dan Pertubuhan Al-Khaadem. Jadi, kerjasama daripada semua khususnya pihak yang menabur fitnah yang tidak berasas ini, sangat-sangat diharapkan supaya memberhentikan khabar angin seperti ini dan bertaqwalah kepada Allah.

Sekali lagi, saya bagi pihak Ustaz Hussain Yee dan Pertubuhan Al-Khaadem menegaskan bahawa "Ustaz Hussain Yee dan Pertubuhan Al-Khaadem sama sekali tidak ada hubungan atau bergabung dengan mana-mana gerakan, mana-mana aktiviti atau mana-mana parti politik". 
Mohon kepada semua supaya menyebarkan maklumat ini. Barakallahufeekum..




Di ambil dari 
http://1aqidah.net/forum/13-kopitiam/150-tuduhan-terhadap-ustaz-hussain-yee.html

4 comments:

  1. WAHABI - MENTAJSIM (MERUPA BENTUK) ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Yg antum sampaikannitu tidak benar. Keyakinan wahabi atas sifat Allah Subhanahu Wataala sebagai berikut
    “Di antara bentuk iman kepada Allah adalah beriman kepada apa yang Allah sifatkan pada diri-Nya sendiri dalam Al Qur’an dan apa yang Rasul-Nya Muhammad –shallallahu ‘alaihi wa sallam- sifatkan tanpa melakukan tahrif, ta’thil, takyif, dan tamtsil. Akan tetapi, mereka (Ahlus Sunnah) itu beriman bahwa tidak ada yang semisal dengan Allah dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

    Sumber : https://rumaysho.com/908-di-manakah-allah-1.html

    ReplyDelete